Sedia berkahwin dalam masa 12 bulan.

Belajar cara membina diri untuk perkahwinan dan memilih pasangan, melalui proses taaruf, dengan panduan yang berprinsip, jelas dan praktikal.Tak perlu lalui seorang diri, sertai Akademi Jodoh VIP!

Dibimbing oleh Tuan Aiman Azlan, Kaunselor Rumah Tangga & Taaruf Coach

Pernah tak hadapi masalah ini?

  • "Saya nak kahwin, tapi tak tahu nak mula di mana."

  • "Saya takut tersalah pilih pasangan, sebab saya nak kahwin seumur hidup."

  • "Saya sudah ada calon, tapi blur tak tahu nak bincang apa."

  • "Saya nak kahwin tapi rasa belum cukup bersedia lagi."

  • "Saya tak mahu rumah tangga saya nanti jadi toksik macam yang saya lihat keliling saya."


Perkahwinan anda tak perlu jadi begitu...

MODUL ASAS

Kahwin Cara Betul (KCB)

Kahwin Cara Betul (KCB) merupakan modul yang direka oleh Tuan Aiman Azlan untuk memberikan gambaran dan penerangan proses berkahwin yang betul menurut prinsip agama Islam, bermula dari niat nikah hinggalah ke akad nikah.Ini merupakan framework utama yang digunakan dalam Akademi Jodoh sebagai rujukan dalam usaha mendirikan rumah tangga.Ahli Akademi Jodoh VIP akan mendapat akses kepada rakaman kelas ini secara automatik setelah sertai membership.

Pelan 12 bulan anda

Modul Kahwin Cara Betul (KCB) memberikan kerangka jelas yang merangkumi 5 fasa utama. Setiap daripada anda akan lalui fasa-fasa ini dalam perjalanan anda menuju gerbang perkahwinan.


FASA 1: NIAT

Pengukuhan Asas

Anda akan belajar bagaimana Islam menggambarkan perkahwinan agar persepsi tentang perkahwinan itu sejahtera dan berprinsip. Ini dapat membantu anda menentukan niat yang kukuh untuk berkahwin agar perkahwinan anda nanti benar-benar menjadi satu ibadah dan tiket ke syurga.


FASA 2: SEDIA

Persediaan Mencukupi

Anda akan belajar bagaimana untuk set expectations yang realistik tentang persediaan untuk memikul tanggungjawab perkahwinan. Kita tidak akan target untuk bersiap sedia dengan sempurna, kerana kita tidak akan sempurna. Akan tetapi, kita akan target untuk bersiap sedia dengan mencukupi agar kita boleh memulakan perjalanan perkahwinan kita.


FASA 3: CARI

Pencarian Berstrategi

Anda akan belajar bagaimana untuk meletakkan diri anda dalam situasi sosial yang meningkatkan kebarangkalian untuk anda jumpa calon yang berkualiti. Pencarian berstrategi bergantung kepada pemilihan social circle yang betul dan mengasah skil networking agar anda dikelilingi oleh orang yang dapat membantu anda mencari calon sesuai.


FASA 4: TAARUF

Perkenalan Berprinsip

Anda akan belajar bagaimana untuk mengenali calon tanpa melanggar batas pergaulan dalam Islam. Ini tidak bermakna anda dan dia tidak boleh mesra dan hubungan akan rasa seperti robot. Ini bermakna kalian berdua jelas boundaries antara lelaki dan perempuan, dan menggunakan kefahaman itu untuk membina perkenalan yang efektif tapi masih lagi berprinsip.


FASA 5: TUNANG

Pengujian Kerjasama

Anda akan belajar bagaimana menghadapi dugaan tunang dengan cara yang matang dan meminimakan drama. Ini tidak bermakna anda boleh elak konflik dan urusan kalian akan menjadi mudah tanpa sebarang ujian. Sudah pasti anda akan diuji apabila ingin menyatukan dua keluarga. Persoalannya, bagaimana kalian bekerjasama untuk mengatasinya?


Perjalanan menuju perkahwinan lebih bermakna bila kita ada komuniti.

Akademi Jodoh VIP menghimpunkan Muslim bujang yang berkongsi matlamat sama: menjadi lebih bersedia untuk berkahwin.

Kelas Live & Fizikal

Masterclass KCB akan dijalankan secara ulangan berkali-kali, sama ada secara online atau fizikal. Rakaman kelas diberikan dalam Akademi Jodoh VIP.

Ruang Berbincang

Anda tidak perlu salin slides ketika kelas berlangsung, kerana semuanya akan diberikan. Hanya tulis refleksi dan pengajaran penting buat diri sendiri.

Peluang Taaruf

Anda akan mendapat akses kepada kelas ini sampai bila-bila. Ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran agar anda tidak lupa apa yang dipelajari.

Akses Coaching

Guru anda dalam kelas ini merupakan seorang graduan Psikologi dan juga seorang kaunselor rumahtangga yang berdaftar. Beliau juga mengamalkan apa yang diajarnya.

Pembimbing Anda

Aiman Azlan

Kaunselor Rumahtangga & Taaruf Coach

Muhammad Aiman bin Azlan (dikenali sebagai Aiman Azlan) mendapat kelulusan Sarjana Muda Psikologi & Biologi daripada University of Toronto, Canada dan Sarjana Kaunseling dari Universiti Utara Malaysia.Berkahwin pada umur 23 tahun, beliau merupakan salah seorang suara Melayu yang agak menonjol dalam komuniti Malaysia/Islam untuk nasihat praktikal dan selaras dengan Islam mengenai mencari pasangan, alternatif kepada dating (taaruf), serta membina perkahwinan yang kukuh.Kini, beliau menetap di Perlis bersama isteri dan tiga anak.

  • Kaunselor Berdaftar (KB11507; PA11120)

  • Penulis 10 buku bestseller

  • Penceramah antarabangsa

  • Sudah membantu ratusan pasangan suami isteri

Kami tak kahwin muda, kami kahwin sedia.

Kisah Aiman Azlan

Umur 18, saya join kelas kahwin di kolej - ubah cara saya pandang cinta.Cinta = kahwin.Ia jalan bermakna yang mendewasakan, bukan jalan melayan nafsu saja.Between 18 dan 23 (5 tahun), saya sibukkan diri dengan:belajar dan aktiviti universiti
hang out dengan kawan-kawan yang membina diri
invest time/money untuk belajar agama
travel sana sini sekadar mampu
Dalam masa sama, saya usaha cari calon sesuai.
Saya dah set yang saya nak cari isteri, bukan girlfriend.Bukan itu saja, saya nak cari isteri yang mempunyai ciri-ciri keibuaan untuk future children saya.Apabila jelas apa anda nak, maka jelas juga tempat-tempat yang anda boleh cari.Saya lazimi program-program bermanfaat seperti kelas, seminar, konferens, dan retreats untuk timba ilmu dan luaskan networking.Fokusnya adalah mencari calon di tempat-tempat yang tinggi kebarangkalian akan jumpa dia.Apabila berkenan, terus approach untuk taaruf - no dating or foya-foya required.Saya guna kaedah taaruf yang lebih berstruktur dan berfokus. Perbincangan dibuat secara mesra, tapi professional dan menghormati boundaries.Kami taaruf guna Skype waktu tu. Guna 100 premarital questions sebagai guide. Ada orang ketiga untuk supervise perbincangan.Taaruf beberapa bulan.Dua-dua keluarga dah jumpa.Istikharah dah green light.Negotiate untuk dapat walimah terbaik ikut kemampuan.Lepas tu...Kahwin!Tak dinafikan, dunia ini ada banyak masalah.Bagi saya, masalah yang saya ingin fokuskan perhatian, masa, tenaga, dan emosi saya adalah masalah perkahwinan dan kekeluargaan.Atas sebab itu, saya usahakan untuk menjadi kaunselor berdaftar yang fokus kepada isu perkahwinan dan kekeluargaan.Dalam masa yang sama, saya juga memberanikan diri menjadi taaruf coach untuk membantu mereka yang single bersiap sedia dan memudahkan jalan untuk mereka berkahwin dengan cara betul.Di situlah munculnya Akademi Jodoh, tempat anda berada sekarang.Moga Allah terima.

© 2026 Akademi Jodoh. Hak cipta terpelihara.
Aiman Azlan Academy 201503273691 (RA0038678-T)
Terms and Conditions | Privacy Policy | Refund Policy
[email protected]